Sunday, May 11, 2008

Sabar



Sabar adalah jalan kemenangan

Seseorang Muslim akan tetap berada di atas jalan kebenaran selagi dia terus bersabar. Ini kerana kehidupan manusia di atas dunia ini dikelilingi dengan pelbagai kesusahan dan dilingkari dengan pelbagai musibah. Semuanya itu memerlukan kepada ketabahan dan kekuatan. Jika tidak manusia akan hancur dan lenyap.


Seseorang musim sangat memerlukan kesabaran dalam kehidupannya. Ini kerana untuk melakukukan ketaatan, dia memerlukan kesabaran. Untuk meninggalkan maksiat, dia juga memerlukan kesabaran. Menanggung kepayahan dan musibah juga memerlukan kesabaran. Oleh kerana itulah, berakhlak dengan sifat sabar adalah suatu kekuatan yang tidak boleh ditandingi. Cahaya yang agung ini akan sentiasa menerangi orang yang sabar, memberi petunjuk kepadanya ke arah kebenaran dan sentiasa terus berpegang teguh dengannya.




"Sabar...Ikhlas.....itulah Islam......"



No comments: