Friday, February 29, 2008

And The New Journey Begin


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah, saya telah pulang ke medan perjuangan saya. Tanah di mana saya mengenal agama saya. Hampir 2 bulan saya pulang. Namun jauh dilubuk hati saya, saya masih merindukan teman-teman sepejuangan yang pulang ke tanahair dengan medan perjuangan masing-masing yang nyatanya jauh berbeza dengan di sini. Saya cuba melupakan kenanagn itu namun, ia makin kuat melekat di hati ini. Alhamdulillah, dunia baru saya sudah bermula. Saya telah berada di hospital for surgery attachment hampir 3 minggu. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang tiga minggu ini. Dunia yang saya impikan selama ini nyatanya bukanlah seindah yang saya impikan. Namun saya masih bersyukur kerana saya masih berada ditemani dengan sahabat seperjuangan yang mengingatkan saya tentang tujuan utama manusia itu diangkat sebagai khalifah Allah. Walaupun hanya saya seorang yang memakai hijjab ditengah-tengah kehidupan manusia "western" namun saya anggap perkara itu satu kebiasaan.


Tetapi, agak janggal bagi saya untuk berdepan dengan segelintir Muslin yang tidak pernah memberkan salam pada saya apatah lagi berbual panjang tentang Islam. Sedih bila saya memikirkannya. Saya pasti, ada lebih dari satu teammate saya yang beragama ISlam, namun tiada seorang pun terus terang menyatakan keislamannya pada saya. Apatah lagi, jarang sekali melihat mereka di bilik solat. Pelik?? Tetapi, saya amat bersyukur kerana saya tidaklah keseorangan.



Saya sentiasa disapa dengan senyuman masih oleh seorang Muslim yang baru saja memeluk Islam. Beliau telah berada dihospital agak lama dan sedang menerima rawatan chemotherapy selepas disahkan mengidap Gliablastoma Multiforme. Dia amat menyenangkan saya. Asal bertemu, pastinya dia akan memberi salam terlebih dahulu, seolah-oleh menguatkan semangat saya untuk berada di hospital walaupun ada kalanya saya terasa keseorangan.




Namun saya yakin, apa yang berlaku sepanjang 3 minggu saya di hospital telah ditakdirkan Allah. DIA mengaj
ar saya untuk terus tabah dan terus berjuang menegakkan agama Allah walaupun saya tahu, ia adalah suatu perkara yang amat sukar.Namun, kaki ini akan terus mengorak langkah dengan izin dari-Nya.Semoga langkahku mendapat petunjuk dan rahmat dari-Nya....Amin