Friday, January 16, 2009

Resepi Kek Usaha Kejayaan

Bahan-bahannya..

1.250 gm Daya usaha
2.100 gm Kesabaran
3.100 gm Keimanan

4.190 gm Keinsafan
5.150 gm Pengorbanan
6.150 gm Campuran akhlak mulia(boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
7.8 sudu the rasa tanggungjawab
8200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya..


Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.Petua penting untuk mendapatkan kek kejayaan yang cantik dan lembut, sentiasa pastikan proses adunan dilakukan dengan penuh rasa tawakal dan sentiasa mohon bantuan Allah dalam setiap masa. Pasti kek kejayaan anda akan menjadi lebih sempurna.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Slamat mencube~~~~ =)






Sopan Itu Cantik....

Wednesday, January 14, 2009

Kenali Idola anda?



Saya tertarik apabila membaca artikel utusan, link daripada seorang sahabat lama tentang berita terhangat di pasaran dunia - Isu Palestin. Tapi, saya tak pasti jika saudara atau saudari masih lagi kelabu atau samar-samar dengan isu ini ataupun mengambil dasar 'tidak peduli'- pejam mata, tutup telinga. Mungkin debaran Anugerah Juara Lagu lebih terasa daripada debaran saudara - saudara anda semuslim yang saban masa dalam ketakutan dengan bedilan alunan muzik bom phosphorus yang menghujani kediaman mereka. Ha, anda masih lagi tak terasa ke? Em...apa kata anda pergi di link ini sekejap, sekejap je, tak lama pun. Memang la tak secantik link di HotFm ataupun TV3, tapi mungkin anda dapat sedikit info tentang isu Palestin ini. Dengan harapan, apabila mereka yang bukan beragama Islam bertanyakan kepada anda tentang isu Palestin- Israel ini, anda tidaklah terkebil-kebil ataupun tunduk malu tersipu-sipu, kelu seribu bahasa.


Tapi sekiranya jari-jemari anda masih lagi sukar untuk menekan cursor tersebut, dengan kudrat dan keizinan yang Allah berikan, saya coretkan sedikit info berguna untuk anda tentang idola-idola yang bangsa Yahudi ini. Jika nama mereka adalah antara nama-nama idola anda, saya harap anda fikirlah sejuta kali untuk menukar idola anda itu kerana kita sebagai umat Islam kan sudah mempunyai idola kita sendiri yang kasihnya telah termetrai sebelum kita lahir ke bumi lagi. Siapa lagi jika bukan Kekasih Allah, kekasih seluruh umat Islam- Nabi Muhammad SAW.

Artikel ini saya petik dari utusan malaysia, harap saudara saudari dapat meluangkan masa untuk membacanya.


Siapa Yahudi??

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini, 7 juta di Amerika, 5 juta di Asia, 2 juta do Eropah and 100, 000 di Afrika. Bagi setiap orang Yaudi, ada 100 orang Muslim. Namun hakikatnya, Yahudi jauh lebih berkuasa daripada org Islam. Mengapa ek?

Siapa mereka ini? Albert Eistein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh Majalah Time sebagai "Manusia Abad Ini' adalah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super -ego ialah bapa psikoanalisis, sorang Yahudi, begitu juga Karl MArx, Paul Samuelson, dan Milton Friedman. Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johan Salk telah mencipta vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukimia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B; Paul Ehrlich menemukan rawatan siphilis, Elie Metchnikoff memenangi Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit; Bernard Kats pula untuk kajian mengenai transmisi neuromuskular. Penerima Nobel Prize daru kalangan Yahudi tidak berhenti di situ. Andrew Schally memenaginya dalam kajian endocrinology, Aaron Beck menemui terapi kognitif untuk rawatan mental, kesugulan dan fobia.Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama; George Wald pula untuk kajian mata manusia; Standley Cohen untuk kajian embriologi, Willem Kolff mencipta mesin dialisis.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi memenagi 15 dozen Hadiah Nobel, manakala 2 dimenagi oleh 1.4 billion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta microcip pertama; Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kable gentian optik); Chales Adler (lampu isyarat), Benno Strauss (stainless steel); Isador Kisee (sistem suara pawagam); Emile Berliner (microfon telefon); Cherles Ginburg (alat pita rakaman).

Ha...tahukah anda, pelakon pujaan ramai Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Brnson, Snadra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Micheal Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semua Yahudi?

Tambahan pula, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Asron Spelling (Beverly HIlls 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Viana (Rambo 1,2, 3), Ivan Retman (Ghostbusters) adalahYahudi?

Paling hebat sekali, penggodam mata wang dunia, George Soros dan William James Sidis dengan IQ 250-300-manusia tercerdik di dunia juga adalah Yahudi.

Tak cukup dengan itu, saudagar jenama terkaya dunia juga dari kalangan Yahudi termasuklah Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbucks), Sergey Brin (Google), Micheal Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Doran Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Dan masih ramai lagi mereka yang terkenal dan ada dianataranya yang menjadi idola pujaan ramai tanpa anda sedari mereka adalah dari kaum Yahudi.

Bukanlah niat saya di sini untuk membanggakan kaum tersebut. Ya nauzubillah, jauh sekali. Tetapi, ingin saya kongsi bersama rasa kecewa saya apabila saudara-saudara saya diratah dengan kejam oleh Zionist-Yahudi seolah-olah nyawa mereka ibarat nayawa binatang. Sedangkan haiwan juga mereka sayang inikan pula manusia. Saya tidak faham kemana hilangnya rasa kemanusiaan yang Allah anugerahkan pada manusia, supaya manusia itu dimuliakan tarafnya daripada sekelian makhluk Allah yang lain. Saya memang tidak mengerti.

Mungkin, apabila saudara/saudari memakai Jean berjenama Levi's, mengenakan minyak wangi Ralph Lauren terkini, dan mengenakan busana dari Donna Karan (DKNY), sambil menghirup seteguk Latte di Starbucks,mungkin anda akan terimbas akan kekejaman kaum Yahudi ke atas saudara seIslam kita di Palestin. Saya harap begitulah.

Dan yang pentingnya, saya harap agar selepas ini, jenama-jenama dan nama -nama mereka tidak akan lagi tersenarai dalam idola-idola pujaan anda. Anda tak akan mati jika tidak ke Starbuck dalam seminggu, status anda tidak akan tercalar jika anda tidak memakai pakaian berjenama DKNY, Levi's, Ralph Lauren tetapi umat Islam amat mati dengan wang yang belanja untuk itu. Bukanlah kita punya banyak pilihan, mengapa harus memilih pilihan yang salah? Saya tidak faham dan tidak mahu memahaminya.

Maka tanyalah diri anda sendiri. Persoalkan persepsi anda...

Cermin diri, hiasi iman di hati.....


Tuesday, January 13, 2009

Strawberry Psycho


Alhamdulillah, after quite sometimes, filling up the gap during the holiday, we managed to organize a trip for starwberry picking end of last year. Under the burning sun of summer we went with some post-grad fellows.




Thanks kak Zura and Kak Lin for inviting us for the trip. Unfortunetely, we could not share the magnificent moment with our beloved sisters since they were still struggling with the final exams. Minna...gambare. Well, everyone hope you will enjoy the moments that we shared together. Kak Zura, we miss you so much.



Honto ne, watashi wa strawberry daisuki. Honto ne daisuki. Arigato gozaimasu, Kak Zura and Kak Lin. Then, for the past few weeks later, we end up with strawberries weeks which mean we had strawberies in most of our meals...Really, we became strawberry psycho.....



Thursday, January 8, 2009

Sakura di bumi berdarah

Bab 1: Bumi yang diberkati, adakah ia semakin ditangisi

"Mungkin daku bukanlah orang yang hebat untuk menyatakan dengan lantang kekejaman Israel terhadap saudara saudari Islam dihadapan khalayak umum, namun melihatkan berita dan gambar yang terpapar di dada akhbar sudah cukup mengguris hati ini"


Begitulah bisik hati Balqis yang sedang dari tadi tidak henti-henti memaki hamun Yahudi laknat itu dalam hatinya. Jika suara hatinya itu bisa kedengaran nescaya seluruh teman seperjuangannya tidak akan percaya kalimat itu datang dari mulut Balqis, seorang gadis bertudung labuh, yang lemah lembut tutur bicara pabila berkata. Namun, apabila dirinya disapa dengan berita dari Palestin, seperti singa lapar yang mengaum dia mmepertahankan hak rakyat Palestin itu. Sudah sekian lama dia mengikuti perkembangan negara asing yang dianggapnya sebagai tanahairnya sendiri. Entah mengapa, jiwanya terlalu mesra bila disebut nama Palestine seolah-olah bumi Palestin itu adalah bumi kelahirannya. Tanpa ada sebab yang jelas dan nyata, dia terus-terusan mengumpul segala keratan akhbar berkenaannya sejak dari bangku sekolah lagi. Perjuangannya itu tiada siapa yang mengerti dan tiada siapa yang tahu, hanya dia dan Yang Maha Mengetahui.

Jam di tangan menunjukkan hampir 1.30 petang. Di bumi asing ini, Balqis telah dipermudahkan Allah untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang perubatan dengan harapan agar beliau dapat menjejakkan diri menabur bakti di bumi Palestin yang dicintainya. Jarang sekali bagi Balqis meluangkan masa membaca artikel berkenaan Palestin di musim pengajian. Kadang kala dia mengeluh keseorangan dengan bebanan fardu kifayah yang harus di pikulnya sehinggakan kadang kala ia mengambil seluruh kehidupannya. Namun dia sedar akan hakikat sebenar yang wajib dilaksanakan..

Tanggal 6 Januari 2009, bersamaan 9 Muharan 1430 Hijrah, sewaktu Balqis menyiapkan dirinya menghadapi peperiksaan tahun 4 perubatan, di saat itulah Rejim Zionis semakin giat meratah nyawa saudara-saudaranya di Palestin. Balqis syahdu dengan ketentuan Ilahi. Matanya bergenang kembali, dan dia masih lagi keseorangan menelaah buku patologi yang semakin merumitkan pemikirannya. Namun, artikel Palestin sekali sekali dijelingnya, bagai ada satu daya penarik yang tidak mampu untuk Balqis tepis lagi.

Perkembangan di Gaza3 - 6 Januari 2009, Hari ke 11

  1. Bilangan korban penduduk Gaza meningkat kepada 573 orang dengan angka cedera mencecah 2470. Sebuah kereta kebal rejim Zionist dilaporkan membedil sebuah sekolah United Nations menyebabkan 40 orang terbunuh. Seorang penduduk Gaza, Fares Akram menyatakan bahwa tiada lagi tempat yang selamat di Gaza akibat tindakan rejim Zionist mengebom dan membedil missile tanpa henti ke setiap tempat tanpa mengecualikan kawasan kediaman dan hospital.
  2. Pertempuran sengit dilaporkan berterusan dengan tentera rejim dilaporkan berjaya menduduki kawasan kedua terpadat di Gaza; Khan Younis. Walaubagaimanapun, sumber dari jurucakap Briged izzudin al-Qassam menyatakan bahwa mereka berjaya membunuh sekurang-kurangnya 10 orang tentera rejim dan berjaya mencederakan 30 yang lain. Sumber pihak Zionist pula menyatakan mereka menerima 3 kematian dan 24 kecederaan akibat "friendly fire". Hamas juga menyiarkan video yang menunjukkan sebuah pesawat pengintip Israel ditembak jatuh pejuang.
  3. Selepas 10 hari bertempur, gerakan pejuang memberikan kejutan dengan menggunakan senjata-senjata baru yang belum pernah digunakan. Antaranya ialah roket yang boleh mencapai sejauh 60km. Ini sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh Zionis-Yahudi. Pelancaran roket ini menimbulkan "Insomnia" kepada penduduk di Selatan Israel.
  4. Bekalan makanan dan ubat-ubatan kian meruncing akibat sekatan dari pihak Rejim. John Ging, ketua United Nations Relief and Works Agency (UNRWA), menyatakan rasa terkejutnya apabila melihat kekejaman tentera zionist ke atas mereka yang cedera apabila beliau melawat sebuah hospital Shifa di GaIza.
  5. Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.Stesen Al-Jazeera akan mengadakan liputan langsung di tapak rapat umum. Rapat Umum akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 10 januari 2009 (Sabtu) dari pukul 10 hingga 12.
  6. President Israel; Shimon Perez menyatakan bahwa Tel Aviv tidak risau akan pandangan buruk dunia terhadapnya disebalik kecaman dari seluruh dunia.
  7. Perdana Menteri Palestin; Ismail Haniyyah menyatakan rasa terima kasihnya kepada dunia arab kerana menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka di Gaza.
  8. Beberepa serangan dilaporkan dilakukan terhadap komuniti Yahudi di Perancis, Sweden dan Britain reaksi dari kekejaman Zionist di Gaza. Antara bentuk serangan yang dilakukan adalah dengan membakar kereta di hadapan pusat ibadat Yahudi, memecahkan tingkap kediaman dan termasuk menembak seorang lelaki Yahudi.
  9. Beberapa pemimpin dunia mula bersuara dengan gesaan bodoh lagi mustahil. Tony Blair menyatakan usaha damai boleh dicapai dalam masa singkat jika Mesir mengawal kemasukan senjata ke Gaza melalui negaranya. President Perancis pula menggesa Syria menekan Hamas supaya peperangan dapat dihentikan

Buat kesekelian kalinya, matanya benar-benar berkaca dan lantas Balqis segera mengambil wudhuk menunaikan amanah Yang Maha Esa dan berdoa agar saudara-saudaranya diberikan kekuatan.

"Palestin, gambare Palestin. Chotto matte, watashi wa namae Fadilah. Insya-Allah will come to see you soon, Insya-Allah"




Pulang ke Pangkal Jalan

Bismillahirahmanirahim.....

Setelah sekian lama saya meninggalkan ruangan ini, diberikan ujian dari Allah satu persatu, nikmat yang Allah beri selama ini, saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada-Nya. Saya amat bersyukur kerana dalam kealpaan diri ini, Allah telah menyedarkan saya dengan sedikit dugaan yang pada saya maha menduga. Saya pernah leka dengan duniawi fana ini, dibuai mimpi duniawi yang tiada siapa tahu, hanya saya dan Yang Esa. Saya leka dan terus hidup dalam kepura-puraan sedangkan rakan seperjuangan lain telah melangkah ke dunia yang lebih mencabar, lebih disayangi Allah, ke satu marhalah yang saya sendiri masih belum bersedia melaluinya, dan akhirnya saya masih lagi di takuk yang lama.

Saya ibarat air yang bertakung, tidak mengalir...membusuk setelah hampir sekian lama. Ibarat sebuah empangan yang bakal melimpah dan pecah.
Entah mengapa, saya tidak pernah menyedarinya hingga saat itu, saya tersedar.....bahawa

Dugaan yang Allah berikan ini adalah sebuah tanda kasih sayang dari-Nya....


Dia merindui rintihan hati ini,
Buat sekian kalinya, kelopak mata ini terlalu sukar untuk mengalirkan jernihan berkaca sewaktu saya leka dibuai mimpi duniawi.........Kalam Allah amatlah sukar untuk ku fahami isinya malah hati ini seakan sukar mendalami isi maksudnya..

Bukan ini diri yang di inginkan...Daku dulu pernah membulatkan hati untuk menyerahkan jiwa dan raga ini ke jalan Allah tanpa ada keraguan disebaliknya.Itu jiwa seorang daie yang baru tersentuh dengan rahmat Ilahi.

Namun, jalan perjuangan itu tidak akan lurus malah terdapat banyak cabang dan onak yang harus ditempuh. Kadang kala dalam perjuangan itu, ada yang mudah saja tergelincir. Ya-Allah jauhkan daku dari kegelinciran itu....

Ya-Allah, berilah daku semangat baru, sebuat ikatan baru, yang suci setelah ikatan dulu ku cermari dengan mimpi dan angan duniawi.Berilah daku kekuatan agar jalan dakwah ini akan terus menjadi darah dagingku hingga akhir hayatku...Ya-Allah. Kasih sayang -Mu terlalu hebat terlalu halus dan lembut menyapa hati ini. Dikau mampu melembutkan jiwa yang keras ini buat sekian lamanya.....

Ya-Allah kembalikan kekuatan dalam jiwaku ini...
Kembalikan kekuatan seorang daie.....kembalikan roh jihad yang telah terkubur selama ini ya-Allah.....

Bantulah ya-Allah,
Batinku merintih menagih kasih dari-MU ya-Allah meskipun jasad ini disaluti kegembiraan yang bersifat sementara.........

ya-Allah hanya pada-Mu ku pohon segala kekuatan.......

Amin, ya-Rabbal a'lamin

Dan malam berlalu sepi, dan airmata ini gugur lagi ke bumi dan daku merelakannya untuk sekian kalinya