Thursday, January 8, 2009

Sakura di bumi berdarah

Bab 1: Bumi yang diberkati, adakah ia semakin ditangisi

"Mungkin daku bukanlah orang yang hebat untuk menyatakan dengan lantang kekejaman Israel terhadap saudara saudari Islam dihadapan khalayak umum, namun melihatkan berita dan gambar yang terpapar di dada akhbar sudah cukup mengguris hati ini"


Begitulah bisik hati Balqis yang sedang dari tadi tidak henti-henti memaki hamun Yahudi laknat itu dalam hatinya. Jika suara hatinya itu bisa kedengaran nescaya seluruh teman seperjuangannya tidak akan percaya kalimat itu datang dari mulut Balqis, seorang gadis bertudung labuh, yang lemah lembut tutur bicara pabila berkata. Namun, apabila dirinya disapa dengan berita dari Palestin, seperti singa lapar yang mengaum dia mmepertahankan hak rakyat Palestin itu. Sudah sekian lama dia mengikuti perkembangan negara asing yang dianggapnya sebagai tanahairnya sendiri. Entah mengapa, jiwanya terlalu mesra bila disebut nama Palestine seolah-olah bumi Palestin itu adalah bumi kelahirannya. Tanpa ada sebab yang jelas dan nyata, dia terus-terusan mengumpul segala keratan akhbar berkenaannya sejak dari bangku sekolah lagi. Perjuangannya itu tiada siapa yang mengerti dan tiada siapa yang tahu, hanya dia dan Yang Maha Mengetahui.

Jam di tangan menunjukkan hampir 1.30 petang. Di bumi asing ini, Balqis telah dipermudahkan Allah untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang perubatan dengan harapan agar beliau dapat menjejakkan diri menabur bakti di bumi Palestin yang dicintainya. Jarang sekali bagi Balqis meluangkan masa membaca artikel berkenaan Palestin di musim pengajian. Kadang kala dia mengeluh keseorangan dengan bebanan fardu kifayah yang harus di pikulnya sehinggakan kadang kala ia mengambil seluruh kehidupannya. Namun dia sedar akan hakikat sebenar yang wajib dilaksanakan..

Tanggal 6 Januari 2009, bersamaan 9 Muharan 1430 Hijrah, sewaktu Balqis menyiapkan dirinya menghadapi peperiksaan tahun 4 perubatan, di saat itulah Rejim Zionis semakin giat meratah nyawa saudara-saudaranya di Palestin. Balqis syahdu dengan ketentuan Ilahi. Matanya bergenang kembali, dan dia masih lagi keseorangan menelaah buku patologi yang semakin merumitkan pemikirannya. Namun, artikel Palestin sekali sekali dijelingnya, bagai ada satu daya penarik yang tidak mampu untuk Balqis tepis lagi.

Perkembangan di Gaza3 - 6 Januari 2009, Hari ke 11

  1. Bilangan korban penduduk Gaza meningkat kepada 573 orang dengan angka cedera mencecah 2470. Sebuah kereta kebal rejim Zionist dilaporkan membedil sebuah sekolah United Nations menyebabkan 40 orang terbunuh. Seorang penduduk Gaza, Fares Akram menyatakan bahwa tiada lagi tempat yang selamat di Gaza akibat tindakan rejim Zionist mengebom dan membedil missile tanpa henti ke setiap tempat tanpa mengecualikan kawasan kediaman dan hospital.
  2. Pertempuran sengit dilaporkan berterusan dengan tentera rejim dilaporkan berjaya menduduki kawasan kedua terpadat di Gaza; Khan Younis. Walaubagaimanapun, sumber dari jurucakap Briged izzudin al-Qassam menyatakan bahwa mereka berjaya membunuh sekurang-kurangnya 10 orang tentera rejim dan berjaya mencederakan 30 yang lain. Sumber pihak Zionist pula menyatakan mereka menerima 3 kematian dan 24 kecederaan akibat "friendly fire". Hamas juga menyiarkan video yang menunjukkan sebuah pesawat pengintip Israel ditembak jatuh pejuang.
  3. Selepas 10 hari bertempur, gerakan pejuang memberikan kejutan dengan menggunakan senjata-senjata baru yang belum pernah digunakan. Antaranya ialah roket yang boleh mencapai sejauh 60km. Ini sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh Zionis-Yahudi. Pelancaran roket ini menimbulkan "Insomnia" kepada penduduk di Selatan Israel.
  4. Bekalan makanan dan ubat-ubatan kian meruncing akibat sekatan dari pihak Rejim. John Ging, ketua United Nations Relief and Works Agency (UNRWA), menyatakan rasa terkejutnya apabila melihat kekejaman tentera zionist ke atas mereka yang cedera apabila beliau melawat sebuah hospital Shifa di GaIza.
  5. Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.Stesen Al-Jazeera akan mengadakan liputan langsung di tapak rapat umum. Rapat Umum akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 10 januari 2009 (Sabtu) dari pukul 10 hingga 12.
  6. President Israel; Shimon Perez menyatakan bahwa Tel Aviv tidak risau akan pandangan buruk dunia terhadapnya disebalik kecaman dari seluruh dunia.
  7. Perdana Menteri Palestin; Ismail Haniyyah menyatakan rasa terima kasihnya kepada dunia arab kerana menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka di Gaza.
  8. Beberepa serangan dilaporkan dilakukan terhadap komuniti Yahudi di Perancis, Sweden dan Britain reaksi dari kekejaman Zionist di Gaza. Antara bentuk serangan yang dilakukan adalah dengan membakar kereta di hadapan pusat ibadat Yahudi, memecahkan tingkap kediaman dan termasuk menembak seorang lelaki Yahudi.
  9. Beberapa pemimpin dunia mula bersuara dengan gesaan bodoh lagi mustahil. Tony Blair menyatakan usaha damai boleh dicapai dalam masa singkat jika Mesir mengawal kemasukan senjata ke Gaza melalui negaranya. President Perancis pula menggesa Syria menekan Hamas supaya peperangan dapat dihentikan

Buat kesekelian kalinya, matanya benar-benar berkaca dan lantas Balqis segera mengambil wudhuk menunaikan amanah Yang Maha Esa dan berdoa agar saudara-saudaranya diberikan kekuatan.

"Palestin, gambare Palestin. Chotto matte, watashi wa namae Fadilah. Insya-Allah will come to see you soon, Insya-Allah"




No comments: