Asssalamualaikum.......esok saya akan pulang ke tanahair. Mungkin blog ini tidak dapat diupdate sekerap semasa di oversea. Namun, insya-Allah, saya cuba juga lapangkan masa untuknya.
Terlalu cepat masa berlalu.. Saya tidak pernah merasakan esok saya akan pulang. Masa saya sentiasa diisi dengan adik-adik kesayangan saya. Agak sukar untuk saya meninggalkan adik-adik kesayangan saya yang masih lagi dirundung masalah mancari rumah. Berat untuk saya meninggalkan mereka, mereka ibarat sayap kanan dan kiri saya. Tiada mereka, lumpuhlah saya, terasa kosong dunia saya. Walaupun kami dari benua yang berbeza, namun akidah menyatukan kami....terlalu akrab saya rasakan....begitulah hebatnya ukhuwah yang diikat dengan akidah. Mereka telah saya anggap seperti adik saya sendiri, malah lebih itu. Saya harap mereka akan terus bersabar mengahadapi dugaan..........
Pada masa yang sama, saya rasa resah dengan masa depan medan perjuangan saya. Lepas satu persatu kami diuji. Saya tidak tahu apakah perancangan Yang Maha Esa, namun saya yakin, perancangannya sentiasa yang terbaik buat hamba-Nya. Walaupun hakikatnya pedih untuk menerima kenyataan, namun apa pun yang barlaku, moga hati ini tetap thabat dan terus bersabar di jalan ini.
Buat sahabat seperjuangan, ketahuilah bahawa saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan kita semua....
No comments:
Post a Comment