Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tetapi, agak janggal bagi saya untuk berdepan dengan segelintir Muslin yang tidak pernah memberkan salam pada saya apatah lagi berbual panjang tentang Islam. Sedih bila saya memikirkannya. Saya pasti, ada lebih dari satu teammate saya yang beragama ISlam, namun tiada seorang pun terus terang menyatakan keislamannya pada saya. Apatah lagi, jarang sekali melihat mereka di bilik solat. Pelik?? Tetapi, saya amat bersyukur kerana saya tidaklah keseorangan.
Saya sentiasa disapa dengan senyuman masih oleh seorang Muslim yang baru saja memeluk Islam. Beliau telah berada dihospital agak lama dan sedang menerima rawatan chemotherapy selepas disahkan mengidap Gliablastoma Multiforme. Dia amat menyenangkan saya. Asal bertemu, pastinya dia akan memberi salam terlebih dahulu, seolah-oleh menguatkan semangat saya untuk berada di hospital walaupun ada kalanya saya terasa keseorangan.
Namun saya yakin, apa yang berlaku sepanjang 3 minggu saya di hospital telah ditakdirkan Allah. DIA mengajar saya untuk terus tabah dan terus berjuang menegakkan agama Allah walaupun saya tahu, ia adalah suatu perkara yang amat sukar.Namun, kaki ini akan terus mengorak langkah dengan izin dari-Nya.Semoga langkahku mendapat petunjuk dan rahmat dari-Nya....Amin
No comments:
Post a Comment