Friday, June 6, 2008

Our new Housemates...flew home


Alhamdulilah, 4 minggu yang lepas, baitul kami dimeriahkan dengan kehadiran dua insan yang telah menceriakan baitul kami. Mereka berdua dari UiTM datang ke Perth untuk attachment di Royal Perth Hospital. Kebetulan pula mereka adalah sahabat kepada teman kami dahulu.




Kehadiran mereka amat kami alu-alukan. Sebagaimana sunnah Rasullullah saw yang senantiasa memuliakan tetamu. Berkat kehadiran mereka, kami dapat rasakan kemesraan yang terjalin yang begitu cepat hinggakan kami tidak sedar yang mereka akan pulang......ESOK !!!! ha? Memang tak percaya.




Terlalu banyak yang ingin kami sampaikan kepada kalian berdua...Tentang hidup di bumi asing, tentang Islam, tentang akidah dan Iman...tentang perjuangan hidup ini...terlalu banyak, hinggakan saya rasa bersalah keran tidak melaksanakan amanah yang dipertanggunjawabkan sedang sebaiknya. Namun, saya berharap mereka mendapat sedikit sebanyak sinar Islam di bumi asing ini. Kerana, sinarnya begitu berbeza dan kelainan itu yang ingin saya beritahu dan nyatakan pada mereka. Namun saya tidak mampu meluahkannya dengan kata-kata. Apa yang saya harapkan, sepanjang mereka berada di sini, sinar Islam yang saya maksud kan itu dapat mereka rasakan dan bawa pulang ke tanah air....





Ketahuilah, kami amat berbesar hati dengan kehadiran kalian. Jauh sekali untuk rasa terbeban. Malah kami dapat rasakan keberkatan kedatangan kalian..Meriah sekali baitul kami dengan gelak tawa di dapur dan tazkirah solat jemaah...Seronokkan...Buat mereka, selamat pulang ke tanah air. Doakan kejayaan kami di bumi Perth ini. Harap kita berjumpa lagi...
Uhibbuki fillah.....

No comments: