Friday, June 6, 2008

Perjuangan Ini Belum Selesai

Perjuangan Ini Belum Selesai


Perjalanan ini semakin jauh,
Meskipun langkah kian laju,
Mencari suatu hala tuju hidup yang pasti.
Mencari dan terus mencari di bumi Allah yang maha luas ini




Semakin langkah ini kuat untuk melangkah
Semakin jauh ku rasakan perjalanan ini
Bertambah sukar sekali laluan yang dipilih ini
Jalan ini tidak sekali semudah yang disangka




Ku semakin mengerti akan resam hidup,
Semakin berani langkah ini mara
Selagi itulah perjalanan ini menjadi sukar



Ku menanti cabaran itu,
Moga Allah memberikan kekuatan
Untuk teruskan perjuangan hidup ini yang semakin rumit dan menarik
Kerana SABAR dan IKHLAS ...itu ISLAM...


No comments: