Friday, November 30, 2007
Ahlan Wasahlan...Nur Ketenangan
Assalamualaikum.....Penghujung tahun 2007, saya mulakan dengan blog yang baru. BUkan bermakna saya telah memadamkan semangat untuk menulis. Tidak sama sekali. Namun, wacana yang baru ini saya harap dapat memberikan suatu kesegaran buat saya agar terus bersemangat. Saya sedar, Islam itu harus bangkit kembali. Saya perlu menggunakan wadah yang ada, kelebihan dan kurniaan yang telah diberikan Ilahi untuk membangkitkan kesegaran pada jiwa-jiwa pemuda Islam yang dahagakan kebangkitan Islam...
Pesanan buat hatiku ini,
Untuk kefakiran kukenakan pakaian kesabaran
Untuk kesabaran kupilin tali yang panjang
Aku bersabar kerana tekad, bukan kerana kerelaan
Dan kubangun dakwah ku, generasi demi generasi
Pesanan buat hatiku ini,
Di kegelapan yang hitam pekat ini
aku menatapmu dengan mata hatiku
aku datang dari jauh menuju fajar baru
dengan cita-cita yang mengharu biru kalbu
untuk mengangkat panji Islam kembali seperti dahulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment