Friday, November 30, 2007

Warkah Buat Sahabat Yang Jauh




Salam dari sahabat yang jauh....

Dua hari yang lepas, pertama kalinya saya dapat berbicara dengan seorang sahabat yang sudah sekian lama tidak berbicara - mungkin hampir 5 tahun. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi dengannya. Namun setiap kali pulang ke tanah air utk bertemu dengannya, pasti ada saja halangan yang tiba. Alhamdulillah...tidak mengapa...belum masanya, daku perlu bersabar....

Selepas solat terawih, waktu hampir menunjukkkan pukul 12 malam, tangan ini dengan pantas menekan button call YM, hajat di hati terlalu ingin berbual dengannya, hati ke hati..


Jeritan kecil darinya sudah ku jangka dari awal. Dia seolah-olah tidak percaya. Namun, petah bicaranya, mesra sapanya, hangat kemesraan masih seperti dahulu sewaktu kami di high school. Terlalu pantas masa berlalu. Perbualan lami tidak kering dengan gelak tawa. Hening malam seolah-olah tidak terasa. Masa ibarat milik kami. 3 jam terasa seperti 3 minit.

Namun, isi perbualan kami semakin matang. Bukan lagi bicara anak kecil yang leka dengan permainan duniawinya. Perkara yang ingin ku nyatakan padanya 2 tahun yang dulu akhirnya dapat ku sampaikan kepadanya.Alhamdulillah...moga ia turun di hati...Dia semakin mengorak langkah menuju Ilahi. Seperti kecapi yang baru mula mengibarkan sayapnya. Alhamdulillah, semoga langkahmu disusun kemas wahai sahabatku. Janganlah terlalu ghairah hingga dikau tersungkur
.

Berkali-kali diingatkan buat diri ini agar terus beristiqamah, terus bersabar...terus thabat di jalan ini...Buat sahabatku, mungkin waqi' kita berbeza namun kita menuju jalan yang sama, kita mangharap cinta yang sama...Mari kita teruskan langkah, kita susun kemas-kemas, teliti dan rapi supaya satu hari nanti,
kita akan bersama sebaris dalam barisan mujahidah yang sejati...ketahuilah bahawa daku menyayangimu kerana Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Buat sahabat, inginku coretkan di sini,

Ketahuilah, jalan ini tidak ditaburi dengan bunga-bunga tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang. Kerana sesungguhnya antara yang hak dan batil ada pertentangan.
Ia memerlukan kesabaran, ketekunan memikul beban yang berat, kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan, tanpa mengharapkan hasil yang segera, tanpa putus asa, dan putus harapan.
Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakinya"

"Ikhlas buat si dia yang ku rindui"


No comments: