Friday, November 30, 2007

Persidangan Annapolis Ancam Isu Palestin



Selasa, 27/11/07 - Gaza: Ahli politik dan akademik berpendapat persidangan Annapolis amat membahayakan nasib Palestin. Menurut mereka, persidangan ini tidak akan memberikan hasil penting bagi rakyat Palestin. Sebaliknya, ia hanya sebahagian dari konspirasi melenyapkan isu Palestin.

Selama seminar yang diadakan oleh kumpulan persatuan profesional Palestin di ruang seminar hotel Syihad Ali Shati Bahr Gaza pada Ahad (25/11) yang dihadiri oleh sejumlah tokoh penting Palestin. Di antaranya, Dr. Yusuf Zarqah, mantan menteri maklumat, Dr. Husam Udwan, bekas ketua lembaga guru-guru.

Dr. Udwan menyatakan, kini Palestin melalui fasa yang amat berbahaya dalam sejarahnya. Jika rakyat Palestin sudah sering ditipu di masa lalu dengan berbagai-bagai perundingan dan perdamaian untuk menghentikan logik perjuangan dan perlawanan menuju gagasan-gagasan alternatif dan perundingan, maka sekarang, sikap menangani isu Palestin dipecah antara pendukung projek perundingan dan penolakannya.

Udwan berpendapat persidangan Annapolis merupakan proses perancangan politik yang paling besar untuk merampas hak-hak rakyat Palestin dan digunakan sebagai kepentingan perusahaan keamanan melalui pemerintah otoriti. Dalam perundingan perdamaian sebelumnya antara Israel dan Palestin selalu melibatkan Amerika dan PLO termasuk di dalamnya ada pertemuan rahsia. Dalam perundingan yang melibatkan Amerika dan Israel, mereka sering memberi fokus kepada bahagian keamanan imbal balik penempatan pasukan. Peserta Palestin yang ikut serta dalam persidangan sering berada dalam keadaan berpecah dan perlu mendapat jaminan kepada Amerika.

Sementara Nahedl Risy mantan menteri kehakiman menegaskan, banyak persidangan yang sudah dilakukan dan tidak ada hasil sama sekali. Realitinya suasana akan mempengaruhi perundingan dan perundingan selalu dikendalikan oleh pihak yang kuat.

Sementara itu, Yusuf Zarqah bekas menteri maklumat Palestin menegaskan seharusnya ada alternatif islami dari persidangan ini. Dan perlu diingat bahawa perlawanan adalah kaedah dasar rakyat Palestin sejak tahun 1948.

Zarqah menegaskan kembali bahawa konflik Palestin dengan Israel adalah konflik kewujudannya bukan konflik sempadan. Kini Israel merasa kewujudannya terusik sehingga merasa gelisah.

Sumber: Palestinkini.com

No comments: