Monday, December 10, 2007

Balik Kampung




Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya telah selamat pulang ke tanah air minggu lepas. Syukur ke hadrat ilahi berkat limpah dan rahmat daripada-Nya perjalanan pulang saya pulang ke tanh air kali ini begitu lancar dan amat dipermudahkan oleh Allah SWT apatah lagi dengan harga tiket saya yang murah dan mendapat tempat duduk yang amat selesa sekali. Syukur alhamdulillah....



Namun, tiada apa yang elbih bermakna selain dari menggembirakan hati kedua orang tua saya dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Syukur...syukur alhamdulilah. Tidak terkira rasa syukur saya pada Ilahi. JIka mamapu, mahu saja saya sujud syukur ke tanah. pada masa yang sama, semasa di bording area, saya agak keeberatan meninggalkan adik-adik saya yang masih lagi resah mencari rumah. sebelum masuk ke kabin flight, sempat juga saya menelefon adik saya itu, sebelum itu, saya p[ernah meningggalkan amanat pada mereka supaya sentiasa berdoa kepada ALLAH dalam segala urusan samada dalam peperiksaaan mahupun rezeki mencari rumah. Berkali-kali saya peringatkan pada mereka. Alhamdulilah, belum sempat kapal terbang saya MH 124 beredar, saya mendapat panggilan daripada adik saya itu, memeberitahu saya yang mereka telahpun mendapat rumah... Jeritan kecilnya sudahpunsaya jangkakan...Tiada apa yang mampu saya luahkan pada masa itu hanaya syukur pada Allah saja yang saya panjatkan pada Allah....subhanalllah....


Moga kepulangan saya ke tanah air memerikan seribu makna buat jiawa ini dan agama Alah yang paling penting......

Wednesday, December 5, 2007

Ujian demi ujian...tarbiyyah dari Yang Maha Esa


Asssalamualaikum.......esok saya akan pulang ke tanahair. Mungkin blog ini tidak dapat diupdate sekerap semasa di oversea. Namun, insya-Allah, saya cuba juga lapangkan masa untuknya.

Terlalu cepat masa berlalu.. Saya tidak pernah merasakan esok saya akan pulang. Masa saya sentiasa diisi dengan adik-adik kesayangan saya. Agak sukar untuk saya meninggalkan adik-adik kesayangan saya yang masih lagi dirundung masalah mancari rumah. Berat untuk saya meninggalkan mereka, mereka ibarat sayap kanan dan kiri saya. Tiada mereka, lumpuhlah saya, terasa kosong dunia saya. Walaupun kami dari benua yang berbeza, namun akidah menyatukan kami....terlalu akrab saya rasakan....begitulah hebatnya ukhuwah yang diikat dengan akidah. Mereka telah saya anggap seperti adik saya sendiri, malah lebih itu. Saya harap mereka akan terus bersabar mengahadapi dugaan..........


Pada masa yang sama, saya rasa resah dengan masa depan medan perjuangan saya. Lepas satu persatu kami diuji. Saya tidak tahu apakah perancangan Yang Maha Esa, namun saya yakin, perancangannya sentiasa yang terbaik buat hamba-Nya. Walaupun hakikatnya pedih untuk menerima kenyataan, namun apa pun yang barlaku, moga hati ini tetap thabat dan terus bersabar di jalan ini.

Buat sahabat seperjuangan, ketahuilah bahawa saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan kita semua....

Monday, December 3, 2007

Menghitung Hari



Assalamualaikum...

Menghitung hari........hitung hari.......menghitung hari....for......EXAM RESULT: 5 disember......BALIK MALAYSIA, 6 DISEMBER....?????%#*exam result.......balik malaysia or stay....emm.@@ ????%#



KEPALA SAYA TGH TAK STABIL





Semalam, saya ke city, jumpe la pulak dengan classmates, everyone keep mention about the exam result...Saya malas nak fikir...nanti nervous lagi...tak nak......But she said: "There's nothing you can chance right? Just wait la...You can not do anything!!!!!"

But deep inside my heart, I know that Allah can do anything, I put my trust in Allah always, not just during the exam time, but every single moment..until I die...insya-Allah. I strongly believe that DOA is the strongest weapon for Muslims and I. It just that, I need to be patient and pray as hard as possible. Saya harap, segalannya berjalan lancar, agar tidak ada fitnah di antaranya....antara RISALAH dan IJAZAH..Ya-Allah, pada-Mu ku pohon yang terbaik bagiku dan agamaku dan ku serahkan segalanya kepada-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....Amin

Allah berfirman:"(yaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal. (An-Nahl:42)

Friday, November 30, 2007

Persidangan Annapolis Ancam Isu Palestin



Selasa, 27/11/07 - Gaza: Ahli politik dan akademik berpendapat persidangan Annapolis amat membahayakan nasib Palestin. Menurut mereka, persidangan ini tidak akan memberikan hasil penting bagi rakyat Palestin. Sebaliknya, ia hanya sebahagian dari konspirasi melenyapkan isu Palestin.

Selama seminar yang diadakan oleh kumpulan persatuan profesional Palestin di ruang seminar hotel Syihad Ali Shati Bahr Gaza pada Ahad (25/11) yang dihadiri oleh sejumlah tokoh penting Palestin. Di antaranya, Dr. Yusuf Zarqah, mantan menteri maklumat, Dr. Husam Udwan, bekas ketua lembaga guru-guru.

Dr. Udwan menyatakan, kini Palestin melalui fasa yang amat berbahaya dalam sejarahnya. Jika rakyat Palestin sudah sering ditipu di masa lalu dengan berbagai-bagai perundingan dan perdamaian untuk menghentikan logik perjuangan dan perlawanan menuju gagasan-gagasan alternatif dan perundingan, maka sekarang, sikap menangani isu Palestin dipecah antara pendukung projek perundingan dan penolakannya.

Udwan berpendapat persidangan Annapolis merupakan proses perancangan politik yang paling besar untuk merampas hak-hak rakyat Palestin dan digunakan sebagai kepentingan perusahaan keamanan melalui pemerintah otoriti. Dalam perundingan perdamaian sebelumnya antara Israel dan Palestin selalu melibatkan Amerika dan PLO termasuk di dalamnya ada pertemuan rahsia. Dalam perundingan yang melibatkan Amerika dan Israel, mereka sering memberi fokus kepada bahagian keamanan imbal balik penempatan pasukan. Peserta Palestin yang ikut serta dalam persidangan sering berada dalam keadaan berpecah dan perlu mendapat jaminan kepada Amerika.

Sementara Nahedl Risy mantan menteri kehakiman menegaskan, banyak persidangan yang sudah dilakukan dan tidak ada hasil sama sekali. Realitinya suasana akan mempengaruhi perundingan dan perundingan selalu dikendalikan oleh pihak yang kuat.

Sementara itu, Yusuf Zarqah bekas menteri maklumat Palestin menegaskan seharusnya ada alternatif islami dari persidangan ini. Dan perlu diingat bahawa perlawanan adalah kaedah dasar rakyat Palestin sejak tahun 1948.

Zarqah menegaskan kembali bahawa konflik Palestin dengan Israel adalah konflik kewujudannya bukan konflik sempadan. Kini Israel merasa kewujudannya terusik sehingga merasa gelisah.

Sumber: Palestinkini.com

Wanita Solehah

WANITA SOLEHAH ~ Bidadari Mencemburui Kesolehannya....

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan yang menyejukkan hati.

Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi, penyejuk mata, penyenang hati.

Wahai wanita,
Jahiliyah melakarkan sejarah hitam buat kaummu yang ditanam hidup-hidup tanpa belas simpati. Kau hanyalah sekadar pemuas nafsu; ibarat patung yang tidak bernyawa. Kau tak kan bisa mampu bersuara tatkala zahir dan batinmu menderita. Dan kaummu yang lemah, terus terseksa. Tidakkah kau sedar?

Kemudian Islam datang membebaskan golongan hawa dari cengkaman nafsu lelaki yang menggila. Kau diberikan harapan seperti juga dengan kaum Adam. Nilaimu begitu tinggi di sisi masyarakat hinggakan syurga juga di bawah telapak si ibu. Kau kini bisa bersuara walau zahir dan batinmu tidak dikasari. Buah fikiranmu tidak lagi dicampak ketepi.Masihkah kau tidak sedar?

Tidak banggakah kita menjadi wanita? Masihkah kau memberikan alasan atas apa Allah perintah kepadamu.

Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.


Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung.


Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.



Wanita solehah ibarat sekuntum bunga yang sentiasa mekar berkembang. Keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-
  • si gadis dihiasi sifat sopan dan malu;
  • si anak mentaati ibu bapa;
  • srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat;
  • si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami.
  • Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga.
Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Warkah Buat Sahabat Yang Jauh




Salam dari sahabat yang jauh....

Dua hari yang lepas, pertama kalinya saya dapat berbicara dengan seorang sahabat yang sudah sekian lama tidak berbicara - mungkin hampir 5 tahun. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi dengannya. Namun setiap kali pulang ke tanah air utk bertemu dengannya, pasti ada saja halangan yang tiba. Alhamdulillah...tidak mengapa...belum masanya, daku perlu bersabar....

Selepas solat terawih, waktu hampir menunjukkkan pukul 12 malam, tangan ini dengan pantas menekan button call YM, hajat di hati terlalu ingin berbual dengannya, hati ke hati..


Jeritan kecil darinya sudah ku jangka dari awal. Dia seolah-olah tidak percaya. Namun, petah bicaranya, mesra sapanya, hangat kemesraan masih seperti dahulu sewaktu kami di high school. Terlalu pantas masa berlalu. Perbualan lami tidak kering dengan gelak tawa. Hening malam seolah-olah tidak terasa. Masa ibarat milik kami. 3 jam terasa seperti 3 minit.

Namun, isi perbualan kami semakin matang. Bukan lagi bicara anak kecil yang leka dengan permainan duniawinya. Perkara yang ingin ku nyatakan padanya 2 tahun yang dulu akhirnya dapat ku sampaikan kepadanya.Alhamdulillah...moga ia turun di hati...Dia semakin mengorak langkah menuju Ilahi. Seperti kecapi yang baru mula mengibarkan sayapnya. Alhamdulillah, semoga langkahmu disusun kemas wahai sahabatku. Janganlah terlalu ghairah hingga dikau tersungkur
.

Berkali-kali diingatkan buat diri ini agar terus beristiqamah, terus bersabar...terus thabat di jalan ini...Buat sahabatku, mungkin waqi' kita berbeza namun kita menuju jalan yang sama, kita mangharap cinta yang sama...Mari kita teruskan langkah, kita susun kemas-kemas, teliti dan rapi supaya satu hari nanti,
kita akan bersama sebaris dalam barisan mujahidah yang sejati...ketahuilah bahawa daku menyayangimu kerana Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Buat sahabat, inginku coretkan di sini,

Ketahuilah, jalan ini tidak ditaburi dengan bunga-bunga tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang. Kerana sesungguhnya antara yang hak dan batil ada pertentangan.
Ia memerlukan kesabaran, ketekunan memikul beban yang berat, kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan, tanpa mengharapkan hasil yang segera, tanpa putus asa, dan putus harapan.
Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakinya"

"Ikhlas buat si dia yang ku rindui"


Ahlan Wasahlan...Nur Ketenangan


Assalamualaikum.....Penghujung tahun 2007, saya mulakan dengan blog yang baru. BUkan bermakna saya telah memadamkan semangat untuk menulis. Tidak sama sekali. Namun, wacana yang baru ini saya harap dapat memberikan suatu kesegaran buat saya agar terus bersemangat. Saya sedar, Islam itu harus bangkit kembali. Saya perlu menggunakan wadah yang ada, kelebihan dan kurniaan yang telah diberikan Ilahi untuk membangkitkan kesegaran pada jiwa-jiwa pemuda Islam yang dahagakan kebangkitan Islam...

Pesanan buat hatiku ini,

Untuk kefakiran kukenakan pakaian kesabaran

Untuk kesabaran kupilin tali yang panjang


Aku bersabar kerana tekad, bukan kerana kerelaan


Dan kubangun dakwah ku, generasi demi generasi


Pesanan buat hatiku ini,

Di kegelapan yang hitam pekat ini

aku menatapmu dengan mata hatiku


aku datang dari jauh menuju fajar baru


dengan cita-cita yang mengharu biru kalbu


untuk mengangkat panji Islam kembali seperti dahulu